Component Data Communication :
1. Sender - Menghantar data
2. Receiver - Penerima data
3. Protocol - Tatacara yang digunakan
4. Medium @ media - Cara penghantaran. Contohnya, Bluetooth, Infrared, wireless
5. Message - Dalam bentuk text, image, audio, video, grafik
6. Equipment - Contohnya, komputer, suis
Element-element dalam penghantaran Data :
1. Privacy
2. Security
3. Performance
4. Reability
Peralatan-peralatan yang digunakan :
- Router - Peranti yang ke hadapan data paket sepanjang rangkaian, melaksanakan data
- Modem - Mengubah isyarat digital keluar dari komputer atau alat digital yang lain kepada isyarat analog.
- Bridge - Alat penapis data lalu lintas, mengurangkan jumlah trafik di LAN dengan membahagikan kepada 2 segmen
- Switch - Mengawal aliran trafik rangkaian berdasarkan maklumat alamat dalam setiap paket.
- Hub - Biasanya digunakan untuk menyambung segmen pada LAN, bertindak hanya sebagai saluran untuk data dan membolehkan data untuk pergi dari satu peranti yang lain.
Di dalam sesebuah rangkaian, data perlulah dihantar dan dikirim dengan tepat dan betul. Rangkaian komputer kompleks biasanya terdiri daripada koleksi LAN yang dijalinkan antara satu sama lain. Kerja-kerja mengirim ini dilaksanakan oleh router di mana router akan mengambil mesej data dari LAN dan menukarkannya kepada paket yang sesuai untuk dihantarkan ke LAN yang satu lagi.
Berikut adalah beberapa kelebihan router:
- Menghubungkan dua atau lebih rangkaian untuk membentuk satu rangkaian
internetwork. - Menghubungkan dua rangkaian yang berlainan protokol.
- Mengawal keselamatan rangkaian dengan membuat tapisan pada paket
MODEM
Modem adalah singkatan kepada modulator-demodulator iaitu alat yang digunakan untuk menghantar dan menerima data dari sesebuah PC ke sesebuah PC yang lain melalui talian telefon. Data ini disimpan secara digital manakala talian telefon pula menggunakan sistem data analog. Modem adalah alat untuk menukar data dari bentuk digital ke analog dan sebaliknya. Dengan adanya modem, pengguna PC dapat menghubungi dunia internet sambil meraih segala jenis maklumat yang disediakan di laman-laman di serata dunia.Terdapat berbagai jenis modem dipasaran sekarang ini dengan berbagai jenis jenama. Tapi macamana pengguna nak tahu jenis modem untuk dibeli? Ruangan ini akan menjelaskan secara mudah dan ringkas, tanpa menggunakan banyak sangat terma-terma teknikal yang akan memeningkan kepala pengguna, cara-cara untuk mendapatkan modem yang bersesuaian serta menafaatkan pengguna semua.
BRIDGE
Bridge membahagikan rangkaian yg besar ke segmen yang kecil. Ia juga boleh geganti (relay) bingkai diantara 2 LAN asal yang terpisah dan ia beroperasi dalam kedua-dua lapisan fizikal dan lapisan pautan data dalam model OSI.
Bridge terbahagi kepada tiga jenis :
– Simple bridge
– Multiport bridge
– Transparent bridge
- Simple Bridge
Simple bridge merupakan yang paling murah dan ia menyambungkan 2 segmen dan mengandungi jadual alamat semua stesen. Simple bridge adalah primitif kerana alamat-alamat ini perlu dimasukkan secara manual. Operator hendaklah memasukkan alamat ke setiap stesen sebelum simple bridge digunakan. Apabila stesen baru ditambah, jadual perlu diubahsuai dan memasukkan alamat stesen baru. Jika stesen dibuang drpd rangkaian, alamatnya mesti dipadamkan drp jadual.
Pemasangan dan penyelenggaraan simple bridge memerlukan masa yg banyak.
- Multiport Bridge
Multiport Bridge digunakan utk menyambungkan lebih drp 2 LAN. Jika bridge menyambungkan 3 LAN, ia mestilah mempunyai 3 jadual, setiap satu mengandungi alamat fizikal stesen yg boleh dicapai melalui port tertentu.
- Transparent Bridge
Transparent Bridge Juga dikenali sebagai “learning bridge”. Ia membangunkan jadual alamat stesen dengan sendiri semasa ia melakukan fungsi bridge. Apabila transparent bridge mula2 dipasang, jadualnya adalah kosong. Setiap paket yg dijumpai, ia akan melihat kedua2 alamat destinasi dan sumber. Ia memeriksa alamat destinasi utk menentukan di mana paket tsb hendak dihantar.
Jika ia belum mengenali alamat destinasi, ia menghantar paket ke keseluruhan stesen dlm kedua2 segmen. Ia menggunakan alamat sumber utk membangunkan jadualnya.Semasa membaca alamat sumber, ia tahu dari bhg mana paket tsb datang dan mengaitkan alamat.
SUIS(SWITCH)
Suis merupakan peranti yang mempunyai peranan yang hampir sama dengan hub tetapi ia berkebolehan menyediakan fungsi “bridging” dengan kecekapan yg tinggi. Ia bertindak sebagai “multiport bridge” utk menyambungkan peranti2 atau segmen2 dalam satu LAN.
Selalunya suis mempunyai “buffer” pada setiap hubungan rangkaian dimana ia disambungkan.
Apabila ia menerima paket, ia menyimpan paket di dlm buffer drp hubungan (link) penerima dan memeriksa alamat utk memastikan link keluar. Jika link keluar tidak digunakan, suis akan menghantar paket melalui link tersebut Ke destinasi.
Suis dibangunkan berdasarkan 2 strategi berbeza:
- Storeand-forward switch ~ menyimpan bingkai ke dalam “input buffer” sehingga keseluruhan paket telah sampai.
- Cut-through switch ~ menyampaikan (forward) paket ke “output buffer”sebaik sahaja destinasi diterima.
HUB
Hub juga dikenali sbg “concentrator”, merupakan pusat kawalan aktiviti dan merupakan peranti yg selalu digunakan dalam rangkaian yang menggunakan topologi bintang (star). ARCNET, 10BaseT, 100BaseF, 1000BaseLX dll bergantung kpd penggunaan hub utk menyambungkan pelbagai kabel dan menghantar data ke berbagai segmen di dalam rangkaian. Hub juga digunakan utk menyambungkan segmen di antara LAN. Satu hub boleh mengandungi beberapa “port”.
Apabila paket tiba pada satu port, ia akan disalin ke lain2 port supaya semua segmen dlm LAN boleh melihat paket tersebut. Hub pada asasnya bertindak sbh pemecah isyarat (signal splitter).
Ia akan mengambil isyarat yg diterima melalui satu port dan mengagihkannya kepada semua port yang lain. Sesetengah hub menyegarkan semula isyarat yg lemah sebelum menghantarnya.
Hub utk 10BaseF menggunakan cermin utk memecahkan cahaya yg diterima dari satu port ke bahagian port yang lain. Rangkaian Token Ring juga mempunyai peranti Multi-Station Access Unit (MSAU), juga disebut sbg hub kerana ia berfungsi sama spt hub Ethernet. Walau bagaiamanapun, MSAU menggunakan suis mekanikal dan geganti (relay) utk menunjukkan laluan paket ke peranti aktif secara bersiri (serial) dan bukannya secara selari (parallel) seperti hub Ethernet.
No comments:
Post a Comment